Friday 15 February 2013

FAM tetap 'sayang' Rajagobal


SUKA atau tidak, Datuk K. Rajagobal tetap menjadi 'anak emas' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Apa tidaknya, kedudukan beliau sebagai jurulatih masih tidak terjejas sekalipun Harimau Malaya tewas kepada Qatar dalam aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha esok.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, badan induk itu sentiasa mempercayai kredibiliti Rajagobal yang menggalas tanggungjawab itu sejak Julai 2009.
Menurut beliau, aksi berdepan Qatar bukannya penentu masa depan Rajagobal, sebaliknya FAM akan menunggu sehingga kempen kelayakan tamat sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kalau kalah (berdepan Qatar), kena terimalah. Kami tetap akan menunggu sehingga hujung tahun. Sebagai majikan, kami sentiasa percaya dengan kemampuan Rajagobal.
"Biarpun perlawanan itu merupakan sebahagian daripada KPI (indeks prestasi utama) Rajagobal, kami perlu menilai secara keseluruhan," katanya.
Ketika ini, masa depan Rajagobal selaku jurulatih dilihat berada di ambang bahaya ekoran krisis kecederaan beberapa pemain utama Harimau Malaya seperti Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dan tugas penggempur kini digalas Amri Yahyah dan Khyril Muhymeen Zamri.
Bagaikan 'meludah ke langit', kata-kata Rajagobal sebelum ini yang akan meletak jawatan sekiranya gagal membantu Harimau Malaya juga seolah-olah 'menanti masa' sebelum menjerat diri sendiri.
Beliau dilaporkan berkata sedemikian selepas dikecam hebat pemerhati bola sepak tempatan gara-gara gagal mempertahankan trofi Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Begitupun kata Azzuddin, pihaknya tetap menuntut penjelasan Rajagobal sekiranya gagal mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
"Beliau masih perlu memberikan penjelasan (jika gagal) tetapi ada baiknya membenarkan Rajagobal melaksanakan tugasnya terlebih dahulu.
"Tidak perlu membuat sebarang andaian selagi tugas beliau belum tamat. Sebagai manusia biasa, sudah tentu (Rajagobal) terkilan jika berterusan dihentam," katanya.
Selepas bertemu Qatar nanti, Harimau Malaya bakal berdepan dua lagi pasukan Asia Timur iaitu Yemen dan Bahrain pada 22 Mac dan 15 Oktober depan.
Dalam pada itu, Azzuddin mengesahkan masih belum menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak berhubung panel pemilihan pemain yang bakal mewakili skuad kebangsaan selepas ini.
Begitupun jelas beliau, kewujudan panel itu dikhuatiri menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk mengehadkan kuasa mana-mana jurulatih kebangsaan selepas ini.
"Berdasarkan pengalaman saya sebagai pemain sebelum ini, saya khuatir timbul masalah lain jika panel pemilihan dilaksanakan."


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2L1uKslMd 
Hakcipta terpelihara 

Indra kecewa selepas pasukannya tewas ditangan Selangor malam tadi


Abe . Indra kecewa selepas pasukannya tewas ditangan Selangor malam tadi admin sifatkan Indra antara pemain terbaik negara yang pernah dilahirkan. Berumur 31 tahun dan mempunyai 41 caps bersama skuad kebangsaan, beliau masih lagi aktif dalam sukan bolasepak.

Amri Yahya dan Indra Putra antara 2 pemain paling senior yang patut dapat call-up untuk skuad Piala Asia bagi membimbing barisan muda skuad negara.. Mereka berdua seorang pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa dan mampu menyumbangkan sesuatu dalam corak permainan.

Thursday 14 February 2013

Lagenda Bola Sepak Malaysia – Mokhtar Dahari


Nama penuh: Mokhtar Dahari Tarikh Lahir: 13 November 1953 Tempat Lahir: Setapak, Selangor, Malaysia Posisi: Penyerang Pendidikan: • Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan (1960-1965) • Victoria Institution (1966-1970) Nama Bapa: Dahari Abeng Nama Ibu: Maimon Sadikin Nama Isteri: Tengku Zarina Tengku Ibrahim Nama anak-anak: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Debut pertama bersama Selangor: Piala Burnley 1971 Debut Piala malaysia: Wakili Selangor 1972 Debut mewakili Malaysia: Pestabola Merdeka 1972 Debut terakhir mewakili Malaysia: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
Gol (Kaps) Selangor: 177 (375) Kwong Yik Bank: 20 (13) Malaysia: 125 (167) Keseluruhan: 320 (555)
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran.
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976 Ahli Mangku Negara 1977 Darjah Indera Mahkota Pahang, gelaran Dato’ Darjah Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, gelaran Dato’
Piala dimenangi: Pestabola Merdeka Sukan Sea 1977 Sukan Sea 1979 Piala Malaysia