Wednesday 28 November 2012













Ekoran kekalahan 3-0 kepada Singapore, Rajagopal telah meletakkan bebanan dan dan kesilapan Khairul Fahmi Che Mat sebagai punca utama Malaysia tewas Ahad lalu. Namun dia terlupa punca utama Malaysia tewas malam tersebut adalah kegagalannya membentuk skuad first eleven yang terbaik.

Gol pertama : Pertahanan cuai, menyebabkan Shahril bebas dan memaksa Apek keluar sedikit untuk menyelamatkan gawang. Kata Rajagopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Kedua : Apek s

edaya upaya menumbuk bola yang meluncur laju ke arah gawang, kita kena waras bola itu masih belum gol. TAPI , Bunyamin yang duduk berhampiran Shahril cuma sekadar berdiri dan tengok sahaja Shahril menanduk bola muntah tersebut. Kata Rajagopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Ketiga : Ketika gol ini, defend tidak berada di posisi asal, 2 pemain Singapore bebas dihadapan gol sehinggalah Duric menghasilkan gol. Kata Rajagopal, ini juga salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Hasilnya, dikhabarkan Apek tidak diturunkan untuk perlawanan menentang Laos semalam dan Rajagopal tetap menyalahkan Apek tentang prestasi lemah Skuad nya.

 Rajagopal yang menyebabkan pasukan Harimau Malaya kalah dan bukannya Apek.


No comments:

Post a Comment