Wednesday 19 December 2012

Malaysia lonjak lima anak tangga


MALAYSIA melonjak lima tempat ke kedudukan ke-158 daripada 163 dalam senarai ranking dunia Fifa meskipun tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand pada separuh akhir Piala AFF.
Harimau Malaysia berada di tempat ke-148 pada Januari tapi merudum ke ranking ke-150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai, Ogos), 156 (September), 162 (Oktober) dan 163 (November).

Malaysia kini berada dalam satu kelompok dengan Kepulauan Solomon (150), Aruba (151), Kepulauan Faroe (153) dan Bermuda (157).
Di peringkat Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu kedudukan untuk kekal di tempat keenam dengan Vietnam mendahului senarai apabila berada di ranking ke-131, diikuti Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156). Di Asia, Malaysia melonjak satu tahap untuk berada di kedudukan ke-26 di kalangan 46 negara. Sementara itu, juara dunia dan Eropah, Sepanyol terus berada di tangga teratas dunia dengan 1,606 mata manakala Jerman dan Argentina mengekalkan tempat kedua dan ketiga masing-masing dengan 1,437 dan 1,290 mata.

Ranking Fifa membabitkan 209 negara. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20

No comments:

Post a Comment