Sunday 16 December 2012

Misi balas dendam, tebus kecewa


SKUAD bola sepak negara tampil dengan misi untuk bangkit menebus kekecewaan menentang Thailand pada pertemuan separuh akhir hari ini.
Meskipun akur dengan kedudukan Thailand sebagai pasukan pilihan, jurulatih negara, Azman Eusoff (gambar) optimis anak buahnya mampu ke final.

“Berdasarkan pemantauan, corak permainan Thailand dan kami agak sama terutama dari segi taktikal. Maka, tidak ada masalah untuk menewaskan mereka.
“Memang mereka juara bertahan AUG tetapi skuad negara tidak gerun dan kami mahu menebus kekalahan diaibkan Laos 0-3 sebelum ini,” katanya.

Skuad negara yang tewas di tangan Laos sebelum ini kini mencuri satu slot ke separuh akhir selepas mengutip tiga mata dalam dua perlawanan Kumpulan B di belakang tuan rumah.

Sekiranya Malaysia berjaya menumbang Thailand, pertemuan di final adalah pemenang dalam perlawanan Laos-Myanmar.

No comments:

Post a Comment